Monday 5 December 2011

HRP Pejuang Hak Asasi Manusia?


Tindakan Hindu Rights Action Force (HINDRAF) menubuhkan Human Rights Party Malaysia (HRP) sebagai tapak untuk politik memang langkah yang bijak. Penubuhan HRP pada 19 Julai 2009 dikatakan memperjuangkan hak asasi manusia di Malaysia.

Namun sejak penubuhan HRP pada tahun 2009 hingga 2011, segala aktiviti HRP dilihat lebih memfokuskan kepada kaum India. Malah pimpinan HRP itu sendiri merupakan pimpinan kaum India.

Jika benar HRP berjuang untuk semua kaum, mengapa tidak ada pimpinan kaum lain dalam parti itu? Adakah HRP lihat hak asasi itu hanya milik satu kaum? Jika HRP ingin memperjuangkan nasib kaum India sahaja, eloklah ditukar nama kepada Hindu Rights Party.

Melihat kepada sejarah HRP, setiausaha penaja parti ini, P. Uthayakumar pernah membentuk beberapa badan bukan kerajaan serta parti lain sebelum HRP dibentuk. Malah Uthayakumar sendiri merupakan bekas ahli Parti Keadilan Nasional (kini PKR) yang meninggalkan parti itu sebelum Pilihanraya Umum 1999.

HRP merupakan kesinambungan perjuangan Police Watch and Human Rights Committee dan Parti Reformasi Insan Malaysia (PRIM) yang dibentuk sebelum penubuhan HINDRAF.

PERBEZAAN HRP DAN HINDRAF

Menurut maklumat yang dikeluarkan HRP, HRP dan HINDRAF merupakan dua organisasi yang berbeza.Berikut adalah perbezaan antara HINDRAF dan HRP:


Struktur HINDRAF dan HRP pula dapat dilihat seperti rajah bawah:


Maka jelaslah bahawa HINDRAF merupakan organisasi bawah HRP. Persoalan matlamat perjuangan HRP juga jelas lebih kepada kaum India. Namun usaha HRP dan HINDRAF mendekati kaum India dilihat lebih hebat berbanding Malaysian Indian Congress (MIC) serta parti-parti lain.

Sambutan terhadap HRP juga dilihat bakal membolehkan HRP bertanding pada pilihanraya nanti.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Komenlah secara berhemah. Komen yang terlarang akan diremovekan.Jaga akhlak kita sama-sama ye..