Tuesday 13 December 2011

Dia Yang Kunikahi: Pelaburan Berbaloi

Assalamualaikum & salam sejahtera

Syukur sebab Dia izinkan diri ni untuk luangkan masa baca novel Dia Yang Kunikahi karya Iqbal Syarie. Novel ni rasanya karya sulung Iqbal Syarie dalam dunia penulisan novel.Sebelum ni,beliau cukup aktif dalam penulisan blog.

Walaupun novel ni novel sulung,tapi rasanya cukup santai. Dan dalam santai tu pun,ada jarum dakwah yang diselitkan. Memang tepat dengan konsep Iqbal Syarie,DaBOM (Dakwah Bagi Orang Muda).

Dalam novel Dia Yang Kunikahi ni, watak utama ialah Johari,Nasuha,dan Aisyah. Novel ni mengisahkan Johari,seorang yang alim namun pernah jua memberontak di zaman remajanya. Dia dan Nasuha pernah terjebak dalam cinta monyet namun atas kesedaran agama,Nasuha ambil keputusan berpisah dengan Johari atas nama berpisah kerana Allah.

Aisyah pula seorang perempuan yang jahil agama.Dia merupakan kawan baik kepada Johari malah sentiasa bantu Johari waktu zaman sekolah rendah dulu. Tapi mereka terpisah setelah Aisyah dan keluarga berpindah ke Australia. Dia melanjutkan pelajaran ke UK dan bermula saat itu dirinya mula terjabak ke alam jahiliah.

Namun hidayah Allah tak kenal sesiapa. Aisyah berubah menjadi seorang yang dambakan cahaya petunjuk dari Allah. Dalam masa sama,Johari ingin mencari Nasuha untuk dijadikan isteri namun akhirnya Nasuha telah terlebih dahulu menjadi pinangan orang lain. Bagaimana akhir cerita ni? Belilah novel ni.

Dalam novel ni,istilah produk siap jadi tarikan saya. Kalau ada keizinan,teringin nak kupas perkataan 'produk siap' tu.InsyaAllah dalam next entry.

Dari 10 bintang, saya bagi 7 bintang untuk novel ni. Sebab? Ada sikit typing error tapi mesej dakwah insyaAllah tetap sampai dalam diri saya.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Komenlah secara berhemah. Komen yang terlarang akan diremovekan.Jaga akhlak kita sama-sama ye..